Friday, February 25, 2011

Berhentilah

berhentilah mencuba
memenatkan diri menggembirakan seisi dunia
memuaskan hati manusia yang terima-kasihnya hanya sementara
lebih baik memuaskan hati Yang Kekal selamanya.

berhentilah bersedih
dengan setiap kata-kata sekalian manusia
dengan setiap masalah sekecil-kecil bakteria
lebih baik bersedih dengan hari-hari berlalu tanpa sekelumit ingatan pada Dia.

berhentilah berkerja
jika setiap amanah itu diterima kerana manusia
jika setiap projek itu hanya untuk mendapat nama
lebih baik berhenti dan berfikir ini untuk apa kalau bukan untuk Dia.

berhentilah beremosi
jika situasi tidak seperti yang kita mahukan
jika kata-kata orang seolah-olah tidak layak mendapat ampunan
lebih baik refleksi kenapa reaksi itu yang orang berikan.

berhentilah berkata-kata
bila setiap kata hanya mengguris rasa
bila setiap kata hanya menambah dosa
lebih baik diam seribu bahasa, biar orang sendiri yang menafsir bicara kita.




peringatan untuk diri sendiri, and untuk sesiapa yang sudi membaca.

humbly and miserably written by yours truly,
Ika.
1.12am. On my favourite white desk.