Friday, February 19, 2010

Mencuba.

Bagaimana kalau aku menulis blog kali ini sepenuhnya dalam Bahasa Melayu? Jika terasa sungguh poyo, bolehlah menggerakkan tetikus ke butang 'X' di hujung sebelah kanan skrin anda.


Blog ini dah lama tak disapa. Sebab tuannya banyak berfikir tentang apa gunanya menulis kalau bukan dari hati. Kadang-kadang, kita menulis dan meletakkan sesuatu dalam Internet, contohnya di status 'Facebook' atau 'YM', hanya untuk meng'impress'kan orang lain. Dalam bahasa ibundanya, macam nak dapat perhatian orang. Aku tak suka bila ini terjadi pada aku. Masalahnya, selalu jugak terjadi.

Sebenarnya apa tujuan post ni. Oh, tak ada tujuan rupanya.

Banyak benda terjadi yang membuatkan aku berfikir kebelakangan ini. Masa berubah. Orang berubah. Aku juga mungkin berubah. Baik atau buruk, hanya Dia tahu yang terbaik untuk aku.

Cumanya, kadang-kadang bila kita tak tahu apa benda terbaik yang Dia tentukan untuk kita, kita jadi keliru. Betul ke tak yang ni yang terbaik. Mungkin manusia memang diciptakan macam ni, diciptakan dengan seribu satu persoalan, sama ada dijawab ikut nafsu sendiri, atau ikut apa kata orang sekeliling, atau ikut logik akal fikiran, atau ikut imannya pada Tuhan.


Yang penting, aku sekarang sedang membesar dan mengutip kematangan. Dalam perjalanan menjadi matang, kadang-kadang aku terlupa dan kembali menjadi kanak-kanak dalam dunia sendiri.

Matang bukan bermaksud serius, atau muka 'ketat' yang sarat dengan masalah harian. Matang mungkin bila seseorang mampu buat keputusan sendiri. Tak perlu ikut orang dan ada pendirian sendiri. Bagi aku ini yang paling susah, yang menghalang aku menjadi matang.

2 comments:

itana said...

"diciptakan dengan seribu satu persoalan, sama ada dijawab ikut nafsu sendiri, atau ikut apa kata orang sekeliling, atau ikut logik akal fikiran, atau ikut imannya pada Tuhan."

like dis part zulaikha :)
keep holding on. i know you'll make it through :)

Pansys Silvaz said...

qzz0704
uggs outlet
coach outlet
polo ralph lauren
michael kors outlet
nets jerseys
merrell shoes
nike air max 90
fitflops sale clearance
nba jerseys
tory burch outlet